Judul: Kitab Tauhid
Penulis: MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Filetype: PDF
Kitab Tauhid
merupakan Kitab yang agung dan merupakan antara hasil karya Imam Dakwah
Muhammad bin Bin `Abdul Wahhab bin Sulaiman
At-Tamimi-rahimahullah-(wafat 1206H) ianya merupakan kitab yang paling
baik dalam menjelaskan masalah-masalah berkenaan Tauhid Uluhiyyah atau
Tauhid `Ibadah juga dikenali sebagai Tauhid Al-Qasdu wa At-Tholab,juga
sebagai Kitab yang paling jitu dalam menjelaskan syubhat-syubhat kaum
musyrikin dan ahli bid`ah.Kitab ini diterima dengan baik oleh seluruh
kaum muslimin ahli tauhid dan terus menerus dihafal,disyarah
diajar,dipelajari dirujuki dan dipegangi oleh ahli tauhid sehinggalah
hari ini.
Manhaj Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-dalam
penyusunan dan penulisan kitab ini sebenarnya sama seperti apa yang
telah ditempuh oleh salafnya iaitulah Al-Imam Muhammad bin Ismai`l
Al-Bukhari-rahimahullah-dalam karyanya Shahih Al-Bukhari begitu juga
Imam-Imam Ahli Sunnah yang lain dalam kitab-kitab mereka,hal ini jelas
dapat dilihat melalui susunan tertib bab,dan turjumah(munasah bab) yang
diletakkan oleh kedua-dua Imam ini dalam Kitab mereka,begitu juga teknik
istidlal(penghujahan) yang menggunakan bab dan meletakkan nas berupa
ayat-ayat Al-Quran,hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam serta
athar-athar salaf sebagai penjelas kepada tajuk bab,ianya juga bertindak
sebagai penguat dan pentafsir kepada apa yang ingin disampaikan oleh
penulis.
DOWNLOAD DISINI
0 comments
Berkomentarlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^